Home > Sample essays > Revolusi Eropah: Perjalanan dan Pengaruhnya dalam Sejarah

Essay: Revolusi Eropah: Perjalanan dan Pengaruhnya dalam Sejarah

Essay details and download:

  • Subject area(s): Sample essays
  • Reading time: 6 minutes
  • Price: Free download
  • Published: 1 April 2019*
  • Last Modified: 3 October 2024
  • File format: Text
  • Words: 1,728 (approx)
  • Number of pages: 7 (approx)

Text preview of this essay:

This page of the essay has 1,728 words.



1.0 PENGENALAN

Sejarah Eropah merupakan suatu rentetan cerita yang sangat panjang daripada satu peristiwa kepada satu peristiwa. Sebelum kemunculan suatu gerakan yang mengubah keadaan negara ke arah yang lebih maju. Hal ini demikian kerana masyarakat di negara-negara Eropah masih terikat dengan kekuatan golongan raja, golongan konservatif, golongan bangsawan dan gereja. Hal ini telah membawa kepada ketidakadilan dan ketidaksamaan dalam sistem masyarakat seterusnya membawa kepada munculnya perasaan tidak puas hati dari kalangan golongan bawahan untuk menuntut hak-hak mereka yang tidak mendapat ketidakadilan yang sewajarnya serta sering ditindas. Oleh yang demikian tercetusnya revolusi.

Menurut Karl Marx revolusi ialah lokomotif atau kereta api sejarah. Beliau berpendapat fasa revolusi yang berlaku dalam sesebuah pemerintahan atau negara mampu untuk mempercepatkan perubahan ke arah yang lebih baik atau juga sebaliknya. Eropah telah melalui pelbagai zaman untuk mencapai kejayaan yang juga sering menerima pelbagai bentuk revolusi-revolusi. Menurut Funk & Wagnalls New Encyclopedia , revolusi adalah sebuah perubahan sosial atau politik dengan menggunakan kekerasan dan secara paksa, serta dipengaruhi oleh kekejaman dan persenjataan. Revolusi juga bermaksud suatu perubahan sistem politik, namun secara cepat dan menyeluruh, melalui cara-cara di luar kebiasaan dan atas pengingakaran terhadap golongan pemerintah.

Pada akhir abad ke 18 perancis telah mengalami zaman perubahan sekaligus telah membawa kepada kebangkitan revolusi yang juga dikenali sebagai revolusi Perancis 1789. Revolusi Perancis ini membawa kepada perubahan bukan sahaja kepada Negara Perancis itu sendiri, malah perubahan ini juga turut dirasai di seluruh dunia Barat. Rentetan daripada peristiwa yang berlaku adalah wajar dikatakan bahawa Revolusi Perancis merupakan titk tolak kepada sebuah kelahiran berunsurkan pemodenan kepada Eropah. Revolusi ini juga menjadi titik peralihan daripada masyarakat feudal kepada masyarakat Perancis moden yang juga turut menjadi panduan kepada negara-negara lain.

 Revolusi-revolusi 1848 yang berlaku merupakan pertembungan idea dan pemikiran oleh para pelopor tokoh-tokoh penggerak revolusi masing-masing. Revolusi ini juga dikatakan sebagai zaman selepas Napoleon Bonaparte. Di eropah revolusi Perancis merupakan zaman pemulihan pemerintahan daripada cara revolusioner kepada pemerintahan yang bercorak konservatif.

2.0 PERJALANAN REVOLUSI

Pertikaian-pertikaian berkaitan isu politik yang berlaku pada tahun 1820 dan 1830 merupakan rentetan yang membawa kepada kemunculan Revolusi pada tahun 1848.  Hal ini demikian kerana pada tahun 1820, revolusi yang terjadi disebabkan oleh kebangkitan kebangsaan yang dipelopori oleh kumpulan tentera terhadap raja yang mereka tidak sukai atau terhadap kuasa asing yang telah menduduki negara mereka seperti yang berlaku di Sepanyol, Portugal dan Itali. Namun begitu, revolusi ini menemui kegagalan kerana adanya campur tangan kuasa asing seperti campurtangan tentera Perancis di Sepanyol dan tentera Austria di Itali. Kuasa monarki yang memperolehi kemenangan dalam revolusi ini telah menyebabkan pengunduran para pemberontak ini ke negara yang lebih mengamalkan konsep liberal seperti Britain dan Belanda. Walaupun begitu, kekalahan mereka telah menyebabkan pergerakan kumpulan revolusioner telah diantarabangsakan dan beberapa kumpulan gelap semakin banyak.

Revolusi yang berlaku pada tahun 1830 merupakan revolusi yang bercorak liberal dan bukan bersifat kebangsaan seperti revolusi yang berlaku pada tahun 1820. Revolusi ini telah dipelopori oleh kumpulan yang mempunyai lebih ramai ahlinya merangkumi golongan kaya,golongan menengah, para cendikiawan, peguam, pegawai bank dan sebagainya. Negara yang terlibat dan revolusi ini adalah seperti Perancis, Itali, Belgium, Switzerland, London dan sebahagian Jerman. Matlamat revolusi ini adalah untuk menyekat dan mengurangkan system pemerintahan yang berunsurkan konservatif semenjak tahun 1815. Matlamat ini sangat sukar dicapai kerana wujudnya perbezaan antara pemikir dan pejuang yang terlibat pada masa itu. Seterusnya, hal ini telah menjadikan revolusi pada tahun 1830 tergantung kerana matlamat akhir sukar dicapai antara golongan pemikir dan revolusioner yang pada ketika itu masih mencari jalan untuk keluar daripada corak pemerintahan yang bercorak konservatif.

 Secara keseluruhannya, revolusi yang berlaku pada tahun 1830 merupakan permulaan kepada suatu tahap revolusi yang semakin meluas dari semasa kesemasa dan dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh yang demikian adalah tepat jika dikatakan bahawa revolusi yang berlaku pada tahun 1848 sememangnya dilihat sebagai satu kebangkitan yang mempunyai kaitan dengan perkara yang telah berlaku pada tahun 1820 dan pada tahun 1830.

Wujudnya perbezaan pendapat di kalangan pemikir dan pejuang anti- status quo pada tahun 1848 yang memberikan tentangan hebat daripada tahun sebelumya. Pada peringkat permulaan, pelbagai bentuk idea-idea baru muncul, seperti idea radikal  sosialis.   Kemunculan beberapa idea baru ini merupakan pesaing utama kepada idea liberalisme yang sememangnya sudah lama digunapakai. Berbanding revolusi yang berlaku pada tahun 1830 sememangnya mencatatkan jumlah kawasan yang lebih besar pada tahun 1848 yang berlaku di Perancis, Itali, Jerman, Austria, Bohemia, Hungary, Switzerland, Denamark, Poland, Rumania dan Ireland.

Dengan tersebarnya revolusi ke Negara besar Eropah pada tahun 1484 ini telah memberi kesedaran kepada golongan pemerintah bahawa mereka tidak seharusnya memandang remeh terhadap revolusi yang berlaku sejak peringkat awal. Pencetus revolusi pada tahun 1848 adalah kerana faktor ekonomi, pemikiran, dan faktor kepesonaan yang ditimbulkan oleh revolusi itu sendiri. Faktor-faktor ini sangat berkait rapat antara satu sama lain sehingga mampu menyebarkan pengaruh revolusi dari satu tempat ke tempat yang lain di negara-negara Eropah. Meksipun revolusi 1848 berlaku dalam waktu yang singkat walaupun namun ianya mempunyai kekuatan yang tersendiri dan memberi impak kepada beberapa perubahan yang berlaku di negara-negara Eropah. Menurut R.R Palmer dalam bukunya A History of the Modern World tentang Revolusi 1848,

‘Walaupun revolusi-revolusi 1848 menggegarkan seluruh benua, tidak mempunyai kekuatan penggerak yang mencukupi, kegagalan dan kejayaannya berlaku dalam masa yang singkat dan pantas. Kesannya yang utama sebenarnya ialah memperkuatkan lagi kumpulan konservatif yang melihat semua revolusi dengan penuh kembimbangan.’

3.0 FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA REVOLUSI 1848

3.1 ASPEK ALIRAN PEMIKIRAN

3.1.1 Liberalisme

Liberalisme merupakan suatu fahaman tentang kebebasan, tokoh-tokohnya yang utama ialah John Locke (1632-1704) dan Montesquieu (1689-1755) iaitu ahli Rosicrucian dan freemanson yang tersohor yang merupakan aliran paling dominan pada zaman Enlightenment dan revolusi perancis 1789. Dengan sokongan Freemenson, aliran leberalisme merupakan ideologi yang sangat berpengaruh dalam mencetuskan Revolusi Amerika 1776, Revolusi Perancis 1789, Revolusi-Revolusi 1848 dan revolusi-revolusi lainnya di Eropah. Sebenarnya leberalisme di sini bukanlah seperti yang difahami oleh pejuang-pejuang hak asasi manusia, iaitu bebas berfikir, bersuara dan bertindak untuk membasmi kezaliman. Leberalisme yang dituntut oleh Freemason ialah bebas membuat anarki dan konflik yang berterusan sehingga meruntuhkan nilai agama dan moral.

 Liberalisme juga satu aliran pemikiran yang tidak asing lagi bagi masyarakat Eropah. Hal ini demikian kerana stilah liberal juga sudah sedia wujud sebagai satu istilah politik yang mula digunakan pada abad ke-19.  Liberal ini sendiri telah mendukung makna bahawa ia merupakan sesuatu fahaman yang bersetuju dengan pemulihan dalam pemerintahan negara.  Hal ini bertujuan memberikan kebebasan maksimun kepada individu dalam semua bidang dan mengutamakan kepentingan individu daripada masyarakat serta bebas daripada nilai-nilai agama.  

Prinsip Liberal yang memihak kepada konsep pemerintahan berasaskan perlembagaan, kuasa Dewan Perwakilan yang mewakili rakyat dan segalanya nya dibawa oleh liberalisme adalah bercanggah dengan pemerintahan monarki di Eropah. Para penyokong liberal juga percaya bahawa fahaman ini bukan hanya menguntungkan golongan menengah tetapi juga pelbagai golongan lain. Maka dengan itu,tidak hairan jika dikatakan bahawa fahaman liberal yang meresapi akal, jiwa dan pemikiran para revolusioner adalah merupakan salah satu faktor yang menjadikan mereka lebih berani kehadapan untuk menuntut suatu pemerintahan yang baru atau bersifat liberal.

Para penyokong liberal percaya bahawa satu era yang lebih cemerlang akan lahir di Eropah jika fahaman liberal ini dijadikan sebagai landasan pemerintahan dan kehidupan dengan tercetusnya revolusi 1848. Ideologi liberalisme ini telah meresap ke dalam pemikiran masyarakat di Perancis yang kebanyakkan daripada  mereka berjuang dan memberontak atas ideologi liberalisme atau tuntutan terhadap suatu kebebasan. Manakala, golongan revolusioner dan golongan menengah sentiasa mengharapkan kejatuhan sistem beraja yang dilihat telah menyekat kebebasan untuk melaksanakan sistem pemerintahan yang adil. Hal ini demikian kerana pemerintahan yang bersifat diktator ini sememangnya telah mewujudkan suatu perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan sekaligus telah mendorong para liberal untuk menentang feudalisme. Fahaman ini sememangnya telah menguntungkan pelbagai lapisan masyarakat dan hal ini telah dibuktikan dalam kejayaan Revolusi Perancis yang telah berjaya menghapuskan sistem pemerintahan beraja pada akhirnya.

3.1.2 Nasionalisme

Sekiranya diamati revolusi yang terjadi sehingga pada tahun 1848, sememangnya revolusi ini tidak akan mampu untuk digerakkan tanpa adanya tenaga penggerak yang terdiri daripada golongan pekerja industri, artisan dan pelajar itu sendiri. Beberapa sarjana ada mengemukan beberapa ideologi yang menjadi pendorong kepada golongan revolusioner ini. Nasionalisme adalah satu prinsip unit budaya homogen yang dilihat sebagai asas kehidupan politik, tidak sama sekali tertakluk kepada hal semulajadi dan tidak juga berada di dalam hati manusia serta tidak juga menjadi pra-syarat kepada kehidupan manusia secara umumnya. Nasionalisme  juga merupakan satu fenomena bukan suatu ajaran yang disampaikan oleh para nasionalis dan hanya wujud dalam set tertentu mengikut keadaan sosial.

Pada tahun 1800, bermulanya nasionalisme yang telah dilihat sebagai satu idea atau semangat yang sangat berkuasa kerana nasionalisme mampu untuk mempengaruhi seluruh benua Eropah dalam bersatu atas nama bangsa dan negara. Nasionalisme di Eropah dilihat bermula sejak Napolean Bonarparte menentang Rusia yang akhirnya ditumpaskan dengan taktik tipu helah pengunduran yang dilakukan oleh Rusia.  Namun begitu, pada 18 Oktober 1813 beliau akhirnya telah dikalahkan oleh satu pakatan kuasa Eropah dalam Perang Antarabangsa.  Kekalahan  yang dialami Napolean pada ketika ini telah membawa kepada kongres di Vienna tahun 1815 sebagai pencetus semangat nasionalisme. Dapat dilihat sini bermulanya bibit-bibit nasionalisme.

Bagi memperjelaskan hal ini, dapat kita lihat bahawa Kongres Vienna merupakan satu penyelesaian yang telah menitikberatkan pembahagian sempadan negara bagi mengutamakan prinsip imbangan kuasa. Walaupun begitu, penyelesaian ini sama sekali tidak mengendahkan semangat kebangsaan yang telah diperhebat oleh Revolusi Perancis dan Napolean Bonaparte.  Nasionalisme yang tercetus disebabkan oleh Kongres Vienna adalah dilihat sebagai faktor jangka panjang yang mencetuskan revolusi. Meskipun ianya tidak memberikan kesan secara drastik namun penyebaran nasionalisme ini sentiasa berlaku dan diperhebat, sehingga dapat kita saksikan pada Revolusi 1848 yang rata-ratanya berjuang atas nama nasionalisme. Maka dengan jelas dapat dikatakan bahawa nasionalisme yang dibawa merupakan satu unsur penyatuan bangsa dalam melaksanakan misi transformasi terhadap negara mereka dengan menggunakan saluran yang sama.

Revolusi 1848 yang berlaku juga disebabkan oleh semangat nasionalisme iaitu keinginan rakyat penutur bahasa yang sama untuk membentuk negara merdeka sendiri. Nasionalisme yang kuat muncul di Italia dan Jerman sehingga berlakunya perpecahan wilayah. Selain itu, rakyat juga menginginkan makanan lebih murah, atau perubahan dalam corak pemerintahan. Perubahan-perubahan yang berlaku pada masa itu telah memudahkan perjuangan untuk menuntut kebebasan. Hal ini demikian kerana masyarakat dapat membaca daripada surat khabar tentang perkara yang berlaku di negara-negara lain.

Revolusi 1848 terutamnya di Itali, Jerman dan sebahagian Austria adalah tercetus disebabkan nasionalisme yang tersemat yang sudah kian menebal. Kelahiran revolusi-revolusi di negara-negara Eropah juga adalah disebabkan meresapnya fahaman-fahaman ini dalam diri mereka. Sebahagian golongan ini merupakan mereka yang mendukung dan membawa idea pemikiran yang berbeza, oleh yang demikian agak sukar untuk menyatukan sebuah masyarakat melalui satu pemikiran yang sama disebabkan oleh wujudnya perbezaan status, perbezaan ideologi serta matlamat akhir yang hendak dicapai juga adalah berbeza yang menyukarkan penyebaran idea yang seragam. Oleh yang demikian revolusi yang berlaku pada tahun 1848 bukan sahaja memperlihatkan suatu pertentangan antara masyarakat feudal dengan masyarakat bukan bangsawan, tetapi juga antara pihak pekerja dan borjuis.

About this essay:

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, Revolusi Eropah: Perjalanan dan Pengaruhnya dalam Sejarah. Available from:<https://www.essaysauce.com/sample-essays/2016-9-25-1474792462/> [Accessed 07-10-24].

These Sample essays have been submitted to us by students in order to help you with your studies.

* This essay may have been previously published on EssaySauce.com and/or Essay.uk.com at an earlier date than indicated.